Laman Utama Panduan Pemohon Direktori Hubungi Kami Muat Turun
 
Semak Status Permohonan   Kemaskini Profil   Soalan Lazim   Log Masuk
SOALAN LAZIM
Soalan 1 :
Apakah itu Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)?
Jawapan :
BPKNS adalah satu bentuk insentif kewangan iaitu biasiswa pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada penuntut Sarawak yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.
Soalan 2 :
Siapakah yang layak memohon BPKNS?
Jawapan :
a. Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Sarawak; b.Telah mendapat surat tawaran mengikuti pengajian diperingkat Diploma dan Ijazah Pertama secara Sepenuh Masa di IPTA; c.Tidak mendapat sebarang penajaan atau pinjaman daripada mana - mana agensi lain.
Soalan 3 :
Bilakah iklan BPKNS dikeluarkan setiap tahun?
Jawapan :
Iklan bagi permohonan akan dikeluarkan selepas keputusan bagi tawaran kemasukan ke IPTA diterima. Sila rujuk iklan dalam akhbar-akhbar tempatan atau layari laman web dari semasa ke semasa.
Soalan 4 :
Berapa peratus jumlah bayaran balik yang perlu dibayar oleh pelajar selepas tamat pengajian?
Jawapan :
Pelajar cuma perlu membayar 25% daripada keseluruhan pinjaman dan tertakluk dengan syarat-syarat dan terma yang dinyatakan dalam perjanjian. Walaubagaimanapun, pelajar perlu membayar 100% sekiranya gagal dalam pengajian atau tidak menamatkan pengajian masing masing.
Soalan 5 :
Bagaimanakah memohon BPKNS?
Jawapan :
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman web http://escholarship.sarawak.gov.my
Soalan 6 :
Bagaimanakah pemohon boleh menghubungi pejabat sekiranya terdapat pertanyaan yang ingin diutarakan tidak tersenarai dalam Soalan-Soalan Lazim?
Jawapan :
Pertanyaan lain boleh diajukan sama ada melalui emel rasmi jabatan, spans@sarawak.gov.my, borang maklum balas/komen melalui laman web www.psc.sarawak.gov.my atau menghubungi terus melalui talian telefon 082-236325/554.
Soalan 7 :
Bolehkah saya membayar BPKNS melalui potongan KWSP?
Jawapan :
Bekas pelajar tajaan BPKNS kini boleh membuat bayaran balik penuh melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sila hubungi pejabat ini (082-236325) untuk maklumat lebih lanjut.
Soalan 8 :
Bagaimana saya ingin membuat bayaran secara online?
Jawapan :
Sila rujuk kepada prosedur bayaran balik secara online atau bagi bekas pelajar BPKNS bagi tahun 2005 dan ke bawah, sila hubungi pejabat ini untuk maklumat lanjut.
Soalan 9 :
Saya mendapati terdapat kesilapan dalam mengisi borang permohonan BPKNS. Apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan :
Anda diperlukan untuk menghubungi pejabat ini dengan segera untuk membuat perubahan dalam borang permohonan BPKNS sebelum tarikh tutup iklan.
Soalan 10 :
Bagaimana saya hendak mengetahui baki pinjaman saya?
Jawapan :
Anda boleh membuat akses ke e-Scholarship menggunakan ID dan password anda untuk mengetahui baki terkini pinjaman/bayaran balik BPKNS.
Soalan 11 :
Saya telah menamatkan pengajian dengan jayanya. Apakah prosedur yang patut saya lakukan untuk membuat bayaran balik?
Jawapan :
Anda perlu memaklumkan melalui surat rasmi ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, Bahagian Biasiswa Pinjaman yang anda telah menamatkan pengajian. Anda perlu memuat turun (download) Borang Data Maklumat dari e-Scholarship bersama dengan transkrip dan salinan sijil anda untuk menikmati bayaran balik 25% dari keseluruhan pinjaman.