Butiran Pengumuman
PENGHANTARAN SLIP KEPUTUSAN TERKINI PELAJAR TAJAAN BPKNS
 
Peringatan kepada pemegang tajaan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) supaya mengemukakan sesalinan fotokopi slip keputusan semasa yang telah disahkan oleh pegawai dari HEP atau fakulti universiti masing-masing kepada pejabat ini dengan kadar segera untuk memudahkan pembayaran biasiswa pinjaman selaras dengan Frasa 8 Perjanjian BPKS.

Slip keputusan tersebut boleh dihantar melalui pos, kaunter SPA dan emel.

Bagi penghantaran melalui emel, pelajar perlu simpan dokumen menggunakan PDF file dan emel kepada Cik Julipah Sutiman di alamat emel julipahs@sarawak.gov.my

Sekian, harap maklum.
 
  Tutup