Syarat-syarat Permohonan
BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK
 
PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK SESI 2017/2018

A. SYARAT PERMOHONAN

(I) MERUPAKAN WARGANEGARA MALAYSIA DAN PEMASTAUTIN TETAP DI SARAWAK.

(II) SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN BAGI KURSUS-
KURSUS DI PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA
SECARA SEPENUH MASA DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI
AWAM SAHAJA.

(III) PEGAWAI-PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM/ BADAN
BERKANUN YANG BERCUTI BELAJAR DAN MENERIMA
SEPARUH GAJI ATAU BERGAJI PENUH ADALAH TIDAK
LAYAK MEMOHON.

B. CARA PERMOHONAN

1. SEMUA PERMOHONAN HENDAKLAH DIKEMUKAKAN
SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI DI LAMAN
WEB HTTP://ESCHOLARSHIP.SARAWAK.GOV.MY;

2. PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN YANG TELAH
DIISI HENDAKLAH LENGKAP DAN TEPAT SEPERTI YANG
TERCATAT DALAM DOKUMEN ASAL;

3. PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP AKAN DITOLAK.

4. ANTARA BIDANG PENGAJIAN YANG DITAJA ADALAH KEJURUTERAAN, SAINS DAN SAINS GUNAAN, UNDANG-UNDANG, PENGURUSAN, EKONOMI DAN PERNIAGAAN, SAINS SOSIAL DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.


D. SEBARANG URUSAN PERTANYAAN SILA HUBUNGI
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI SARAWAK DI TINGKAT 9 & 10, WISMA SATOK,
JALAN SATOK, 93400 KUCHING ATAU DI TALIAN 082-
236325 ATAU 082-236554.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH 26 OGOS 2017

*HANYA PEMOHON YANG DISENARAI PENDEK AKAN KEPERINGKAT SETERUSNYA. SEKIRANYA ANDA TIDAK DIHUBUNGI DALAM TEMPOH SATU (1) BULAN SELEPAS IKLAN TUTUP, ANDA BOLEH MENGANGGAP PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA DIPERTIMBANGKAN KE PERINGKAT SETERUSNYA. SEBARANG KEPUTUSAN SURUHANJAYA ADALAH MUKTAMAD.
 
  Tutup