Ralat tidak dijangka telah berlaku. Pastikan anda masih boleh akses Internet.
Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
[Announcement]
MAKLUMAN PERTUKARAN URUS SETIA BPKNS
Dimaklumkan bahawa Encik Rafi'uddin bin Rasman kini merupakan Ketua Seksyen BPKNS berkuatkuasa 17 Mei 2022. Sila berhubung terus dengan beliau bagi maklumat-maklumat berkaitan dengan BPKNS (No. Telefon: 082-236280/ emel: rafir@sarawak.gov.my). Sekian, harap maklum.
...
[Announcement]
PEMBAYARAN BPKNS SETIAP SEMESTER
Pembayaran BPKNS bagi semester seterusnya hanya akan diproses setelah pejabat ini menerima salinan keputusan semester terkini yang telah disahkan oleh pihak Universiti /Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas /Ketua-Ketua Masyarakat. Salinan keputusan tersebut boleh dihantar melalui serahan tangan ke pejabat SPANS di tingkat 9, Wisma Satok atau melalui mel (Ekspress/Pos Laju) atau melalui emel rasmi BPKNS (bpkns@sarawak.gov.my / alimd1@sarawak.gov.my).
...
PELUANG UNTUK MEMOHON BPKNS
BPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk:-
Yuran Pengajian
Elaun Sara Hidup
Elaun Pengangkutan
Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain
Pelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.