Laman Utama Panduan Pemohon Direktori Hubungi Kami Muat Turun Soalan Lazim
 
DASAR PRIVASI
Privasi Anda
Halaman ini menjelaskan dasar privasi kami yang merangkumi penggunaan dan perlidungan terhadap apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh pelawat-pelawat.

Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurusan dengan menggunakan laman web kami atau menghantar e-mel yang memberikan data peribadi yang boleh dikenal pasti, data ini mungkin dikongsikan, jika perlu, dengan agensi-agensi Kerajaan lain untuk memberi anda perkhidmatan dengan cara yang paling cekap dan berkesan. Contohnya dalam soal menyelesaikan atau melayan aduan yang memerlukan aduan itu diajukan ke agensi-agensi lain Kerajaan.

Perlindungan Data
Teknologi terkemuka termasuk perisian enkripsi digunakan untuk melindungi mana-mana data yang diserahkan kepada kami dan piawai keselamatan yang ketat dilaksanakan untuk mencegah capaian secara haram.

Keselamatan Storan
Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi dijamin keselamatannya dan distorkan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat yang Terkumpul
Tidak ada maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti itu dikumpul semasa melayari laman web e-Scholarship kecuali bagi maklumat yang anda berikan melalui e-mel dan pendaftaran yang berada dalam laman web e-Scholarship ini.

Apa Yang Terjadi Apabila Saya Hubungi Laman Lain?
Kandungan laman web e-scholarship menghubungkan laman-laman web organisasi Kerajaan dan organisasi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman kami dan anda hendaklah sedar bahawa laman-laman lain yang dihubungkan oleh laman web ini mungkin mempunyai dasar-dasar privasi yang berlainan dan kami mengesyorkan anda membaca dan memahami pernyataan privasi tiap-tiap laman.

Perubahan kepada Dasar ini
Jika dasar privasi ini berubah dengan apa-apa cara, perubahan itu akan dikemaskinikan di halaman ini. Kerap meninjau halaman ini boleh membantu anda mengikuti kemas kinian maklumat yang dikumpul, bagaimana maklumat itu digunakan, dan dalam apa keadaan, jika ada, maklumat itu dikongsikan dengan pihak lain.