Laman Utama Panduan Pemohon Direktori Hubungi Kami Muat Turun Soalan Lazim
 
PROSEDUR PERMOHONAN BPKNS
1. Sila layari laman web e-scholarship di http://escholarship.sarawak.gov.my menggunakan pelayar web (Web Browser) Mozilla Firefox, Internet Explorer.

2. Jika anda merupakan pemohon baru, sila klik pada Daftar Akaun Baru Di Sini untuk mendaftar.
Sekiranya anda pernah memohon e-scholarship, sila Log Masuk nombor Kad Pengenalan serta Kata Laluan (Log Masuk Bukan Sarawak ID) untuk log masuk (log-in).
Sekiranya anda mempunyai Sarawak ID, sila klik Log Masuk Sarawak ID untuk log masuk (log-in).

3. Sila lengkapkan Maklumat Peribadi Pemohon serta Maklumat Tambahan Pemohon. Kemudian, sila klik pada Permohonan dan seterusnya klik pada Permohonan Baru.

4. Sila lengkapkan Maklumat Permohonan Biasiswa. Para pemohon dikehendaki untuk menyemak butiran pemohon dengan teliti. Maklumat permohonan yang telah dihantar tidak dapat diubah oleh pemohon. Sebarang perubahan hendaklah dikemukakan secara bertulis ke pejabat SPANS.

5. Pastikan anda menyemak Semak Status Permohonan sebelum log keluar (log-out).

6. SPANS berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap.