Laman Utama Panduan Pemohon Direktori Hubungi Kami Muat Turun Soalan Lazim
 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BPKNS
Tawaran BPKNS adalah terbuka kepada pelajar baru dan yang sedang melanjutkan pelajaran di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) selaku urus setia akan mempertimbangkan permohonan bagi pemberian biasiswa pinjaman kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut:

a. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sarawak.

b. Terbuka kepada pelajar yang mengikuti program pengajian IPTA sepenuh masa sahaja.

c. Terbuka kepada pelajar di peringkat Diploma dan Sarjana Muda sahaja.

d. Telah mendapat surat tawaran daripada IPTA.