Laman Utama Panduan Pemohon Direktori Hubungi Kami Muat Turun Soalan Lazim
 
TERMA DAN SYARAT
Penerimaan Terma Penggunaan Laman Web Kerajaan Negeri
Dengan mencapai dan melayari laman web ini, anda mengaku dan bersetuju bahawa anda terikat kepada terma penggunaan laman web Kerajaan Negeri. Maka ini menjadi perjanjian antara anda sebagai pelanggan dengan kami, Kerajaan Negeri, untuk mencapai dan/atau menggunakan laman web ini. Anda bersetuju bahawa anda menerima terma laman web Kerajaan Negeri, segala garis panduan dan peraturan yang akan dipaparkan dalam laman web ini dari masa ke semasa. Semua garis panduan dan peraturan yang dipaparkan adalah sebahagian daripada terma laman web Kerajaan Negeri..

Terma penggunaan laman web Kerajaan Negeri ini mengatasi mana-mana terma dan syarat yang terdahulu yang mungkin telah anda terima atau capai sehingga tarikh ini melalui laman web ini. Penggunaan yang berterusan anda terhadap perkhidmatan ini akan dianggap sebagai persetujuan anda dengan terma dan syarat semasa ini.

Kerajaan Negeri boleh menambah, memadam atau mengubah suai semua terma penggunaan pada bila-bila tanpa notis. Terma penggunaan laman web juga berkuatkuasa kepada semua portal dan laman web Kementerian-kementerian Negeri, Jabatan-jabatan Negeri, Pejabat-pejabat Resident dan Daerah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun yang tersenarai di bawah direktori Kerajaan Negeri dalam Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak.

Batas Tanggungjawab
Bahawasanya anda memahami dan bersetuju bahawa Kerajaan Sarawak tidak akan bertanggungjawab jika terjadi apa-apa musibah kepada anda secara langsung, secara tidak langsung, secara kebetulan, secara khas, sebagai akibat atau sebagai teladan termasuk tetapi tidak terbatas kepada, musibah kerana kehilangan keuntungan, muhibah atau kerugian-kerugian lain yang tidak ketara yang terbit daripada:

(1) penggunaan atau tidak dapat menggunakan laman ini;
(2) kos pemerolehan barang dan perkhidmatan sebagai ganti akibat daripada mana-mana barang, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau yang diperoleh atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat melalui atau daripada laman web ini;
(3) capaian yang tidak sah atau pengubahsuaian penghantaran atau data anda;
(4) kenyataan-kenyataan atau kelakuan pihak ketiga dalam laman ini; atau
(5) apa-apa perkara lain berkaitan laman ini.

Hubungan Rangkaian
Kerajaan Sarawak boleh menyediakan hubungan rangkaian dengan laman-laman web yang lain. Laman-laman web yang dihubungkan seumpama itu dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh yang demikian, Kerajaan Sarawak tidak mempunyai kawalan terhadap laman-laman dan sumber itu. Anda mengaku dan bersetuju bahawa Kerajaan Sarawak tidak bertanggungjawab terhadap adanya laman-laman luar yang seumpama itu atau sumber, dan tidak mengesahkan serta tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana kandungan, iklan, produk, atau bahan-bahan lain yang terdapat dalam atau daripada laman-laman atau sumber yang seumpama itu. Selanjutnya anda mengaku dan bersetuju bahawa Kerajaan Sarawak tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung terhadap apa-apa kerosakan atau kerugian yang disebabkan atau yang dituduh menyebabkan oleh atau yang berkait dengan penggunaan atau bergantung kepada mana-mana kandungan, barang atau perkhidmatan yang terdapat dalam atau melalui mana-mana laman atau sumber yang seumpama itu.

Penamatan Capaian
Kerajaan Sarawak boleh menamatkan capaian anda kepada mana-mana bahagian atau semua perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan berkaitan pada bila-bila masa, dengan atau tanpa sebab, dengan atau tanpa notis, berkuat kuasa serta-merta. Kerajaan Sarawak boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda kerana tidak aktif, yang ditakrifkan sebagai gagal untuk tandatangan masuk kepada perkhidmatan bagi tempoh masa yang dipanjangkan. Anda bersetuju bahawa Kerajaan Sarawak tidak bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga kerana penamatan capaian anda kepada perkhidmatan ini.

Pengubahsuaian Terhadap Terma Perkhidmatan
Kerajaan Sarawak berhak, pada setiap masa, mengubah suai, memotong atau menambah terma dan syarat ini dengan memberi anda notis terdahulu. Walau bagaimanapun, dalam kes kecemasan atau untuk melindungi keselamatan laman web atau dalam keadaan lain di luar kawalan kami, apabila Kerajaan Sarawak mendapati perlu untuk mengubah suai, memotong atau menambah terma dan syarat ini, Kerajaan oleh berbuat demikian tanpa memberikan notis kepada anda. Disetujui bahawa jika anda ingin mendapatkan maklumat yang kemas kini terhadap apa-apa variasi, pengubahsuaian, pemotongan atau penambahan kepada terma dan syarat ini, anda boleh mencapai dan meninjau terma dan syarat ini dari masa ke masa secara kerap. Selanjutnya anda bersetuju dan menerima bahawa capaian berterusan anda dan penggunaan terhadap terma dan syarat ini (seperti yang diubah suai dari masa ke masa) akan bererti anda menerima apa-apa variasi, pemotongan, pengubahsuaian atau penambahan kepada terma dan syarat ini.

Pengubahsuaian Perkhidmatan
Kerajaan Sarawak berhak pada bila-bila masa dan dari masa ke masa untuk mengubah suai atau menamatkan, sementara atau tetap, perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya) dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Kerajaan Sarawak tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga jika berlaku pengubahsuaian, pergantungan atau penamatan perkhidmatan.

Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama terma piawai. Jika berlaku apa-apa percanggahan antara terma dan syarat ini dengan terma piawai, terma dan syarat ini hanya digunakan untuk percanggahan itu. Tajuk-tajuk yang digunakan dalam terma dan syarat ini untuk rujukan dan keselesaan sahaja dan tidak akan diambil kira dalam menafsirkan atau merangka terma dan syarat ini.

Jika mana-mana peruntukan dalam terma dan syarat ini didapati haram atau tidak sah di bawah undang-undang semasa atau masa depan atau peraturan yang berkuat kuasa dan digunakan , peruntukan itu boleh asing sepenuhnya. Terma dan syarat ini akan dianggap sebagai peruntukan yang haram atau tidak sah itu tidak mengandungi bahagian daripada terma dan syarat ini dan peruntukan selebihnya dalam terma dan syarat ini akan kekal dengan kuasa penuh dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang haram atau tidak sah itu atau pemutusannya daripada Terma dan Syarat ini.